Kelebihan

KELEBIHAN PENGGUNAAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR


  • MEMUDAHKAN PEMAHAMAN DALAM PEMBELAJARAN 

Mengandungi ayat yang ringkas dan lebih mudah untuk difahami serta senang untuk dihafal kerana hanya mengeluarkan isi-isi yang penting sahaja.




  • MENINGKATKAN KREATIVITI & PRODUKTIVITI  


Mampu menlahirkan pelajar yang kreatif kerana menggunakan warna dan bentuk yang pelbgai dalam membuat nota serta dapat menimbulkan minat dalam pembelajaran. 




  • MENJIMATKAN MASA & MENGHASILKAN NOTA YANG BERKESAN DALAM PEMBELAJARAN

Pelajar dapat mengurangkan masa untuk mengulangkaji kerana sudah mempunyai nota ringkas yang mudah untuk difahami dan boleh digunakan dalam memudahkan proses pembelajaran.



  • MEMBANTU MENGUKUHKAN DAYA INGATAN

Mampu memudahkan penghafalan kerana nota dibuat berdasarkan kreativiti diri sendiri dan ayat yang lebih ringkas serta mudah untuk dihafal mampu menambah kekuatan daya ingatan.

Comments