Peta Pemikiran


 

Apakah itu peta pemikiran ?

Peta pemikiran merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum. Antara jenis peta pemikiran yang yang dicadangkan dalam pengaplikasian program ini adalah : 


1) Peta Bulatan (Circle Map)
 

Peta ini digunakan untuk membantu seseorang menentukan sesuatu dan menunjukkan pemahaman berkaitan sesuatu tajuk  dengan memberikan maklumat mengikut konteks. Bahagian luar bulatan ialah tempat untuk menulis sumber info atau rujukan kepada pengetahuan yang telah diperoleh.



2) Peta Buih (Bubble Map)



Peta ini digunakan untuk memperkaya kebolehan murid untuk menggambarkan kualiti menggunakan kata sifat dan biasanya digunakan dalam perkataan diskriptif atau huraian.




3) Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

Peta ini digunakan untuk menyenaraikan perbezaan dan persamaan sesuatu tajuk atau konsep yang dibincangkan.



4) Peta Pokok (Tree Map)
Peta ini digunakan untuk mengkategorikan atau mengkelaskan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.Proses berfikir yang digunakan ialah membuat pengkelasan.


5) Peta Dakap (Brace Map)


Peta ini digunakan untuk menilai sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian berkenaan. Proses berfikir yang digunakan adalah pengkelasan.


6) Peta Alir (Flow Map)

Peta ini digunakan untuk menunjukkan langkah sesuatu proses atau turutan. Proses berfikir yang digunakan adalah membuat urutan sesuatu konsep.


7) Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)


Peta ini digunakan untuk mengkaji dan menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara terperinci dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian yang berkaitan. Proses berfikir yang digunakan adalah untuk menunjukkan sebab dan akibat.


 8) Peta Titi (Bridge Map)



Peta ini digunakan untuk mencari perhubungan antara sesuatu konsep dengan konsep yang lain. Proses berfikir yang digunakan adalah membuat analogi iaitu hubungan yang sama atau mencari faktor perhubungan.

Comments